Pages

Friday, December 11, 2009

Istana Hinggap


Al kisah terbinanya 'Istana Hinggap' nie samalah kisahnya dengan Taj Mahal yang di bina oleh Shah Jehan buat isterinya yg tercinta Mumtaz Mahal, di sebabkan kasih dan sayang bapak aku pada keluarganya maka terbinalah 'Istana Hinggap' nie..konsep sama kasih-sayang..

Kuarters yg kami duduki terlalu kecil, x ada bilik jadi keluarga yg ramai seperti keluarga aku, semmgnya x muat dan x sesuai..jadi bapak aku pun bercadang membina sebuah rumah berhadapan dgn kuartes kami..mak aku pada mulanya x setuju takut kalau2 jiran2 yg kepochi dan jealousy merepot kat majikan yg bapak aku membina rumah haram kat quartes tu pulak, tapi alhamdullilah pihak majikan faham dgn situasi keluarga kami dan kedudukan rumah 2 pulak x menganggu sesape pun..

Walaupun bapak aku belajar tamat sekolah rendah je tapi dia dapat membina sebuah rumah yg boleh di katakan lengkaplah ada tiang seri 4 batang yg menyokong istana hinggap nie.. ia di perbuat dari papan dan kayu sepenuhnya, pada setiap bilik siap ada tingkap dan rumah ini di bahagi kepada 2 bahagian, 1 bilik untuk abg2 aku yang 3orang tu dan 1 lg bahagian di jadikan bilik belajar..yg peliknya rumah yg bapak aku   bina nie cukup popular di kuartes kami, tempat abg aku dan geng2 dia melepak dan bermain gitar, tempat adik2 aku bermain dgn kawan2 dia yg berlari2 keluar masuk(2 kot sebab umah 2 jd condong), tempat aku bergossip ngan mmbr2 aku..kalau ibu-bapak hilang anak ke mereka tentu dtg kat istana hinggap bapak aku nie..comfirm jumpa anak mereka..yg pasti rumah nie amat bermakna kepada kami sekeluarga sehinggalah ia di robohkan kerana tempat 2 hendak dijadikan apartment untuk pekerja.. betapa untungnya para pekerja yg dapat ddk kat apartment nie sbb besar, ada bilik dan yg penting x perlu berkongsi bilik air macam kami dulu.

Di akhir usia Istana Hinggap ni keadaannya dah x seperti mula2 di bina tegap dan segak, kalau di lihat dari atas bukit tempat aku suka melepak dan bermain, Istana Hinggap nie dh mencondong dan akhirnye bertukar nama kepada 'Menara Condong'.. sampai ada jiran2 yg bg warning kat anak2 dorang jgn masuk lg kat rumah 2 takut rebah..tapi sehinggalah kami keluar dr kuartes 2, dia masih lg tetap berdiri walaupun dh condong cam Menara Pisa..namun apa2 pun ianya telah berkhidmat dan berjasa pada aku sekeluarga..

Mintak maaf la sesgt sbb gmbr Istana Hinggap ni dh x ada dlm simpanan, walaupun dh puas aku mencari..jd apa yg perlu anda buat sekarang ialah just imagine la macam mana rupanya Istana Hinggap@Menara Condong nie yea..

Thursday, November 5, 2009

About me lak..



Aku di lahirkan dan di besarkan di quarters  sebuah institut perguruan di KL. Anak ke 5 dari 7beradik..lahir pada 12hb.September 1971(umur tidak pernah menjadi rahsia pada saya ok - pinjam ayat Amy Search masa dia buat konsert). Kami tinggal di sana sehingga lah bapa aku pencen dan kena halau keluar dari quarters tersebut (ye lah orang bagi tempoh, tak reti2 pindah..bukan apa bapak aku sayang sangat rumah yang dia buat kat quarters tu yang mana  semua orang panggil 'istana hinggap') cerita pasal istana hinggap ini nnt akan aku ceritakan jugak dan carikan gambarnya..harap2 masih ada dalam simpanan.. kalau tak korang dengar cerita je la yea...

Kelahiran aku menjadi 'Hari ini dalam Sejarah' di quarters tersebut pada hari itu kerana aku di lahirkan tak di rancang dan kat tepi longkang pulak 2..ciss, tak de tempat lain ke aku nak lahir..tapi yang menjadi kebanggaan aku cumalah aku lahir mak aku tak rasa sakit..di quarters semua rumah tidak mempunyai bilik air cuma ada satu ruang di mana ada dapur dan satu longkang kecil untuk mandi dan membasuh..tandas terpaksa berkongsi beramai-ramai.. kalau korang tengok cerita Seniman Bujang Lapok berebut2 nak masuk toilet, macam 2la kami dulu..

Mak kata..aku lahir ketika dia nak buang air kecil, tahu2 kepala dah keluar dulu..menjerit mak panggil bapak aku, nasib la baik bapak aku belum pegi keja lagi, x tahu lah bagaimana punya panik, bapak aku pun panggil jiran sebelah umah makcik midah sebelum dia menghilang mencari bidan kot..bila makcik midah tengok mak aku tengah pegang aku dia lak jadi panik, di ambilnya tilam dan bantal dan di baling sebelah mak aku, mak aku pulak terpaksa menteteramkan makcik 2..sambil  membetulkan tilam dan bantal makcik 2 tak berhenti2 membebel kat mak..mak aku kata kalau dia tak sempat pegang aku, mungkin aku dah jatuh dan lemas dalam air 2..panjang umur aku..bila bapak aku balik aku dah selamat berada di atas tilam empuk sementara menunggu ambulan membawa aku dan emak ke hospital..kelahiran aku pada hari itu menjadi cerita tergempak di quarters pada hari itu..

Moral of the story yang aku nak kata kat sini ialah don't be panik, macam mak aku dia cool je..

Wednesday, October 28, 2009

Mak & Pak



PAK DIN & CIK CHOM

Ayah dan ibu (2x)
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari...

Lirik lagu nie kalau dengar mmg buat aku sayu sangat, walaupun aku masih punya ibu dan bapa tetapi aku ttp feeling terlebih2 bila dgr lagu nie..knp ye.? Aku rasa jawapan nya aku byk buat dosa pada mereka..tgk dalam tv, surat khabar skrg macam2 kisah penganiayaan kepada ibu-bapa, apatah lagi meninggalkan mereka di Pusat Penjagaan Orang Tua, sungguh tak berhati perut langsung..x ingat ke jasa mereka melahirkan dan membesarkan kita..

Yang di dalam gambar di atas ialah mak dan bapak aku yang aku kasihi, sayangi dan paling aku hormati di dunia ini..Bapak aku dah berumur 74 tahun dan mak aku pulak umurnya dah 65 tahun nie, tapi alhamdullilah mereka masih sihat walafiat...bapak aku asal orang Seberang Prai, Pulau Pinang  dan mak aku pula asal orang Pahang, bertemu di Kg.Bharu,KL dan dari perkongsian hidup mereka wujud lah aku tujuh beradik, 4perempuan dan 3 lelaki..
Bapak aku masa kecik2 dah jadi anak yatim-piatu, dia sempat merasa kasih-sayang mak dan bapak dia sekejap aje..bapak dan kakak dia seterusnya di besarkan oleh nenek dia. Bila dia sebut pasal kami dan cakap "kamu semua beruntung ada mak-bapak, bila susah2 cari mak-bapak, aku nie kecik dah tak de orang tua, nasib la tok mu ada dia la tempat bergantung" (sayu nye bila dia ckp cam2)..skang nie pun dah meleleh2 air mata aku. Displin yang di ajar oleh tok dia sampai sekarang dia masih pratikkan iaitu bila bangun tidur perkara pertama yang perlu di buat ialah kemas tempat tidur..tapi sejak anak aku si ujer 2(cucu kesayangan) dah jadi anak dia, tempat tidur dia selalunya pukul 10 atau 11 baru lah berkemas, dia cukup pantang kalau katil dah berkemas, ada orang naik..mmg dia naik darah, katil hanya boleh di gunakan pada waktu malam sahaja..betapa strictnya dia dengan peraturan ini..kami masa kecik-kecik dulu tak berani naik atas katil, kalau mengantuk di waktu siang bentang lah tilam atau tido atas lantai je..point dia adalah jangan suka tido siang hari x elok..lagi satu attitude bapak aku dia x suka kain baju dia bila di cuci bercampur dengan orang lain..dia akan basuh baju dia sendiri dan gosok baju dia sendiri sampai la skang nie, dia tak suka baju dia di gosok oleh orang lain termasuklah emak aku..dia tak berego dalam membantu emak melakukan kerja2 rumah malah dia la menguruskan aku dan adik2 aku kalau nak ke sekolah..he's great.

Mak..she's very talented, kerja tangan perempuan semua dia pandai dari memasak, menjahit, menyulam, gubahan, hantaran kahwin semua la..pokoknya ckp je semua dia boleh buat, malangnya aku tak dapat mewarisi ilmu2 yang dia ada cuma aku boleh menjahit cross-stitch dan menjahit manik..kakak aku dapat mewarisi ilmu memasak dan adik aku pandai mengubah dan decorating, dan adik aku yang bongsu 2, tak tau lagi ilmu apa yang dia warisi dari mak aku, belum nampak la lagi(budak nie ssh sikit manja terlebih) 2 yang tak tahu apa2..kata mak, arwah opah aku garang..tak betul sikit habis pinggan mangkuk di lemparnya..arwah opah aku dulu tukang masak di raja di Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar berbangsa Bugis..dia ada ilmu, masa 13hb Mei 1969, peristiwa berdarah mak dan bapak aku duduk di Kg. Bharu di situlah tempat paling hebat pertumpahan darah berlaku(bapak aku tak ada ketika itu, dia kena curfew di tempat kerja dia) nenek aku tak takut dia pakai selempang warna kuning dan parang berbalut warna kuning, ikatan kat kepala dia pun warna kuning dan dia duduk depan laman rumah sambil berkata sesiapa berani sentuh anak-cucu dia, binasa lah badan..tak de satu orang pun berani usik rumah nenek aku 2 (wah! hebatkan, aku nak ilmu yang cam2 la)..tapi seorang pun tak dapat ilmu nenek aku 2..apa2 pun yang sebenarnya aku nak cerita ttg mak aku tapi dah termelalut cerita ttg mak dia lak..

 Apa2 pun aku ada dua orang tua yang aku cukup kagumi, banyak lagi cerita ttg mereka nak aku berkongsi lagi, tapi nanti lah dulu, aku akan updated cerita2 pasal orang tua aku di lain hari ye..tunggu......



Monday, October 26, 2009

Pengenalan diri...


Assalamualaikum..
Alhamdullilah, akhirnya aku berjaya menerbitkan blog aku sendiri. Walaupun pada mulanya punya la payah aku nak mereka-cipta blog aku ni, al-maklumlah aku nie bukannya bijak pandai dalam dunia IT apatah lagi bahasa2 komputer nie aku mmg out, tapi alhamdullilah dengan kerjasama adik2 dan kakak aku yang masing2 handal guna komputer ni (yelah, keja dorang nie mmg hari2 dok mengadap benda nie) akhirnya tercipta lah blog yang sememangnya menjadi impian aku..

Di harap,  sesiapa saja yang ingin berkongsi cerita, pengalaman, pengetahuan dan apa-apa aje di ruangan ini, aku amat mengalu-alukan dan seandainya ada juga nak beri kritikan atau komentar, anda juga saya alu2kan agar dapat menjadi ikhtibar dan panduan berguna untuk kita semua teruskan perjalanan hidup yang entah di mana nokhtahnya..


 So, akhir kata happy reading..

Eizan..The One & Only..