Pages

Thursday, November 5, 2009

About me lak..



Aku di lahirkan dan di besarkan di quarters  sebuah institut perguruan di KL. Anak ke 5 dari 7beradik..lahir pada 12hb.September 1971(umur tidak pernah menjadi rahsia pada saya ok - pinjam ayat Amy Search masa dia buat konsert). Kami tinggal di sana sehingga lah bapa aku pencen dan kena halau keluar dari quarters tersebut (ye lah orang bagi tempoh, tak reti2 pindah..bukan apa bapak aku sayang sangat rumah yang dia buat kat quarters tu yang mana  semua orang panggil 'istana hinggap') cerita pasal istana hinggap ini nnt akan aku ceritakan jugak dan carikan gambarnya..harap2 masih ada dalam simpanan.. kalau tak korang dengar cerita je la yea...

Kelahiran aku menjadi 'Hari ini dalam Sejarah' di quarters tersebut pada hari itu kerana aku di lahirkan tak di rancang dan kat tepi longkang pulak 2..ciss, tak de tempat lain ke aku nak lahir..tapi yang menjadi kebanggaan aku cumalah aku lahir mak aku tak rasa sakit..di quarters semua rumah tidak mempunyai bilik air cuma ada satu ruang di mana ada dapur dan satu longkang kecil untuk mandi dan membasuh..tandas terpaksa berkongsi beramai-ramai.. kalau korang tengok cerita Seniman Bujang Lapok berebut2 nak masuk toilet, macam 2la kami dulu..

Mak kata..aku lahir ketika dia nak buang air kecil, tahu2 kepala dah keluar dulu..menjerit mak panggil bapak aku, nasib la baik bapak aku belum pegi keja lagi, x tahu lah bagaimana punya panik, bapak aku pun panggil jiran sebelah umah makcik midah sebelum dia menghilang mencari bidan kot..bila makcik midah tengok mak aku tengah pegang aku dia lak jadi panik, di ambilnya tilam dan bantal dan di baling sebelah mak aku, mak aku pulak terpaksa menteteramkan makcik 2..sambil  membetulkan tilam dan bantal makcik 2 tak berhenti2 membebel kat mak..mak aku kata kalau dia tak sempat pegang aku, mungkin aku dah jatuh dan lemas dalam air 2..panjang umur aku..bila bapak aku balik aku dah selamat berada di atas tilam empuk sementara menunggu ambulan membawa aku dan emak ke hospital..kelahiran aku pada hari itu menjadi cerita tergempak di quarters pada hari itu..

Moral of the story yang aku nak kata kat sini ialah don't be panik, macam mak aku dia cool je..