Pages

Wednesday, August 3, 2011

Hari ini hari malangku..

Pagi nie pagi yang cukup malang pada aku, tanpa di sengaja aku telah terlanggar lubang ketika aku hendak balik dari meeting SKIMSEL, walaupun malang aku tetap rasa bersyukur sebab ketika kejadian aku tak membawa sesiapa dan yang lebih penting aku x melanggari sesiapa..accident ini menyebabkan aku terseret beberapa depa dan menyebabkan kaki dan lengan sebelah kananku agak teruk jugakla.. 
Alhamdullilah tiada apa-apa terjadi  pada jejariku, al-maklumlah jari cari makan dan aku masih boleh memegang pena, memasak untuk anak2 berbuka puasa walaupun untuk berdiri lama aku dah x boleh bertahan..

Kejadian yang berlaku ini tidak pernah aku kesali kerana ini mungkin kecuaian aku sendiri tapi kalau nak kata salah jalan pun boleh jugak sbb lubang yang ada atas jalan itu lah punca aku x teraccident..Salah motor?? ohh jangan salahkan motor aku sbb dia dh byk berjasa pada aku hampir 10tahun, kesimpulannya salah aku la sebab x berhati2 dan cuailah jugak..

Nasiblah kawan2 aku ramai yang belum balik lagi ketika itu, thanks kwn2 yg ambil  berat masa kejadian. Terima kasih yang x terhingga pada Kak Sal, Kak Zai, Kak Zainab, Kak Na, Sabariah dan yang teramat terima kasih pada Chef Elin dan Kak Nab sebab dorang sudi antar aku ke klinik walaupun dorang ada agenda sendiri sepatutnya..Sorri u guys sbb melewatkan urusan kakak2 semua. Walaupun x semua menolong tapi keprihatinan mereka semua mengurangkan sakit yang amat sangat ketika itu..baju jubah kesayangan aku yang telah aku pakai sejak umur 17tahun akhirnya koyak rabak...wei aku sayang sangat baju tu..

Setelah selesai dressing di Klinik Desa Sungai Buaya, mereka mereferkan aku ke Klinik Serendah memandangkan luka di kaki dan lenganku agak dalam. Setelah di beri injection, aku pun di bawa pulang ke rumah, dan dari sana suami aku membawa aku ke Serendah..
Reaksi suami dan anak2 agak terkejut jugakla tapi apo nak di kato malang x berbau, redho je laa..

Aku di kehendaki datang setiap hari untuk dressing kaki dan tangan aku di unit kecemasan.
Sehingga ke saat ini aku masih boleh bergerak walaupun pergerakkan tubuh aku dah menurun sebanyak 30%..tapi Insya Allah aku x boleh biarkan kesakitan menguasai aku dan aku akan pastikan dalam seminggu ini aku sudah boleh bergerak atleast 90%..

To All My Beloved Friends, Thanks For Your Help dan doa kalian sentiasa mengiringiku..

Amin..