Pages

Friday, December 11, 2009

Istana Hinggap


Al kisah terbinanya 'Istana Hinggap' nie samalah kisahnya dengan Taj Mahal yang di bina oleh Shah Jehan buat isterinya yg tercinta Mumtaz Mahal, di sebabkan kasih dan sayang bapak aku pada keluarganya maka terbinalah 'Istana Hinggap' nie..konsep sama kasih-sayang..

Kuarters yg kami duduki terlalu kecil, x ada bilik jadi keluarga yg ramai seperti keluarga aku, semmgnya x muat dan x sesuai..jadi bapak aku pun bercadang membina sebuah rumah berhadapan dgn kuartes kami..mak aku pada mulanya x setuju takut kalau2 jiran2 yg kepochi dan jealousy merepot kat majikan yg bapak aku membina rumah haram kat quartes tu pulak, tapi alhamdullilah pihak majikan faham dgn situasi keluarga kami dan kedudukan rumah 2 pulak x menganggu sesape pun..

Walaupun bapak aku belajar tamat sekolah rendah je tapi dia dapat membina sebuah rumah yg boleh di katakan lengkaplah ada tiang seri 4 batang yg menyokong istana hinggap nie.. ia di perbuat dari papan dan kayu sepenuhnya, pada setiap bilik siap ada tingkap dan rumah ini di bahagi kepada 2 bahagian, 1 bilik untuk abg2 aku yang 3orang tu dan 1 lg bahagian di jadikan bilik belajar..yg peliknya rumah yg bapak aku   bina nie cukup popular di kuartes kami, tempat abg aku dan geng2 dia melepak dan bermain gitar, tempat adik2 aku bermain dgn kawan2 dia yg berlari2 keluar masuk(2 kot sebab umah 2 jd condong), tempat aku bergossip ngan mmbr2 aku..kalau ibu-bapak hilang anak ke mereka tentu dtg kat istana hinggap bapak aku nie..comfirm jumpa anak mereka..yg pasti rumah nie amat bermakna kepada kami sekeluarga sehinggalah ia di robohkan kerana tempat 2 hendak dijadikan apartment untuk pekerja.. betapa untungnya para pekerja yg dapat ddk kat apartment nie sbb besar, ada bilik dan yg penting x perlu berkongsi bilik air macam kami dulu.

Di akhir usia Istana Hinggap ni keadaannya dah x seperti mula2 di bina tegap dan segak, kalau di lihat dari atas bukit tempat aku suka melepak dan bermain, Istana Hinggap nie dh mencondong dan akhirnye bertukar nama kepada 'Menara Condong'.. sampai ada jiran2 yg bg warning kat anak2 dorang jgn masuk lg kat rumah 2 takut rebah..tapi sehinggalah kami keluar dr kuartes 2, dia masih lg tetap berdiri walaupun dh condong cam Menara Pisa..namun apa2 pun ianya telah berkhidmat dan berjasa pada aku sekeluarga..

Mintak maaf la sesgt sbb gmbr Istana Hinggap ni dh x ada dlm simpanan, walaupun dh puas aku mencari..jd apa yg perlu anda buat sekarang ialah just imagine la macam mana rupanya Istana Hinggap@Menara Condong nie yea..