Pages

Wednesday, July 21, 2010

BILA USIA MENINGKAT...

Bila usia meningkat macam2 perasaan yang datang..Gerun, risau, runsing, suka, takut pun ada.Semuanya dalam 1 lah. Usia aku pun dah nak menjangkau angka 40, nak tak nak kena hadapi jugak.
Bila di kenangkan sepanjang umur aku nie, Apakah pencapaian yang terbaik pernah berlaku dalam hidup aku?? jawapannya tak ada apa, none, nothing, elek..bermakna aku boleh di kategorikan sebagai seorang yang GAGAL. Aku tak mahu jadi orang yang GAGAL seumur hidup aku.

Mungkin di usia aku sekarang ini aku GAGAL untuk mencapai sesuatu yang boleh aku banggakan, namun aku masih mampu untuk mencipta sesuatu KEJAYAAN di usia aku yang mendatang ini(jika di izin tuhan).

SO WHAT'S THE PLAN- mula2 aku bercadang nak bekerja semula tetapi bila di fikir2kan, usia yang dah nak masuk 40an nie masih ada orang ke yang nak ambil bekerja lagi. Kalau kerja pun mungkin tukang sapu sampah atau tukang potong ikan dekat supermarket - boleh ke?? Kalau bekerja jugak berbaloi ke gaji dengan wang yang nak aku belanjakan sebab anak2 masih kecil dan bersekolah lagi di mana masing2 masih memerlukan aku untuk menyelenggarakan mereka(macam mesin lak budak2 nie).So tak jadi la..

SECOND PLAN - Belajar kemahiran.Tuhan ada menganugerahkan pada aku bakat menjahit, why not aku pegi tajamkan bakat aku nie. Belajar dulu, pastu mahirkan dan bila dh agak berani dan teror barulah boleh show off skill menjahit baju dan manik aku pada orang pulak. At least aku boleh tambah pendapatan, tak perlu meminta-minta, tak perlu keluar rumah dan semuanya boleh di lakukan dalam rumah aje dan yang terpenting menjimatkan. Dan selepas ini aku ada sesuatu untuk di banggakan.

Yang aku perlukan sekarang adalah sokongan moral sebab modal Insya Allah dh ada. Untuk sekarang nie aku ada anak2 dan keluarga sebelah aku yang memberi sokongan, tapi ada sorang 2 dah down grade kan aku punya impian..Hishhh..biarlah dia, yang aku buat nie bukan untuk aku tapi untuk satu family.. Aku nak ada orang bukak mata dengan semangat aku nie. Biar mereka ternganga mulut bila aku berjaya nanti. Insya Allah, moga Allah panjangkan umur mereka..

Kenapa baru sekarang terbukak hati aku untuk belajar nie? Kenapa tidak dulu? Mugkin dulu tuhan nak menguji aku dengan berbagai dugaan yang tak putus-putus dan sekarang ini DIA memberi keizinannya pada aku untuk mencapai kebahagian aku pulak. Insya Allah aku tak kan berganjak dengan keputusan aku ini dan padanya ku pohon KAU RESTUKANLAH.

Thursday, June 10, 2010

PESAN DARI EMAK

Anak2ku..
Dengarlah nasihat emak selagi hidup di kandung badan..

Dunia ini hanya pinjam-pinjaman, kemewahan harta dunia, nikmat hidup hanya pinjaman tuhan kepada hambanya dan janganlah kita lekas lupa diri dan jadi angkuh dengan pinjaman ini, kelak di ambilnya semua bila kita mula terleka..
Harta dunia boleh buat kita lupa diri, boleh jadikan kita berbeza dengan yang lain sedangkan tuhan mencipta umatnya sama berdarah merah walaupun berbeda rupa..

Anak2ku..
Bila kita lupa diri kita lupa tanggungjawab kita pada hamba yang lain, kita bezakan taraf kita dengan mereka.
Kita hanya memikirkan diri kita dan orang di sekeliling kita yg sama taraf dengan kita..
Wahai anak2ku jangan lah kamu semua berubah hati..
Mulianya kita sebagai hamba Allah bila kita memuliakan orang lain..
Kita bahagia bila orang lain gembira..
Kita bantu bila ada orang kesusahan..
Kita sama merasakan sakit dan pedih bila melihat orang dalam kesedihan dan kepayahan..

Janganlah kita membuat jurang di antara mereka kelak hidup kita di murkai Allah.
Ringankan tangan bantulah mereka walau sebesar zarah sekali pun..Insya Allah hidupmu di berkati dan sentiasa di bawah lindungannya..

Anak2ku..
Lihatlah disekeliling kita, kita umpama kaca yang cuba nak setaraf dengan intan permata sedangkan kita cuma hanyalah kaca yang tak punya apa-apa nilai di mata intan permata.
Dari mula sampai kini betapa kita cuba berbuat baik, buruk juga di pandang orang..
Janganlah engkau menyalahi takdir mengapa kita tak di lahirkan sama seperti mereka, punya harta punya segala.
Bersyukurlah di atas rahmatnya yang  mengurniakan hati yang murni, jujur dan sentiasa ikhlas kepada orang lain..
Janganlah engkau lekas melenting bila mereka terasa tercabar tapi bersangka yang baik saja walaupun hatimu sebenarnya dah hancur terluka.
Janganlah kita menghukum mereka, biarkan tuhan saja yang membalasnya..

Anak2ku..
Akhir kata dengarlah bait-bait lagu ini..

Andaikah diriku bisa
Seperti yang lain
Yang kau sayang..
Yang kau rindukan..
Yang kau cintai..

Aku lemah tanpamu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku(2x) Ya Allah

Setiap airmata ku mengalir
Allah aku lemah dan tak bererti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

Aku sayang Allah..
Aku rindu Allah..
Aku cinta Allah..

p/s: aku sayang keluarga aku dan kedua ibu-bapaku..merekalah hidup dan matiku..

Sunday, January 3, 2010

my sibling






MY FAMILY 2008

Duduk dari kiri:- Mohd.Husni, Enchom Ali, Din Darus, Mahiran Din
Berdiri dari kiri:- Mohd.Yusri, Azleen Din, Norizan Din, Haslina Din, Mohd.Zambri


This is my family..
Orang kata ramai anak banyakl a ragamnya dan mak-bapak aku dah mengharungi macam-macam jenis ragam anak2 nie dari kami kecik sampai lah tua, ragam anak x abis2, dan sekarang tambah lagi dua jenis ragam, ragam cucu dan menantu..
Aku harap mak dan bapak aku banyak2 la bersabar dgn ragam2 kami semua ye..
Mak and bapak aku yang terbaik..