Pages

Wednesday, July 21, 2010

BILA USIA MENINGKAT...

Bila usia meningkat macam2 perasaan yang datang..Gerun, risau, runsing, suka, takut pun ada.Semuanya dalam 1 lah. Usia aku pun dah nak menjangkau angka 40, nak tak nak kena hadapi jugak.
Bila di kenangkan sepanjang umur aku nie, Apakah pencapaian yang terbaik pernah berlaku dalam hidup aku?? jawapannya tak ada apa, none, nothing, elek..bermakna aku boleh di kategorikan sebagai seorang yang GAGAL. Aku tak mahu jadi orang yang GAGAL seumur hidup aku.

Mungkin di usia aku sekarang ini aku GAGAL untuk mencapai sesuatu yang boleh aku banggakan, namun aku masih mampu untuk mencipta sesuatu KEJAYAAN di usia aku yang mendatang ini(jika di izin tuhan).

SO WHAT'S THE PLAN- mula2 aku bercadang nak bekerja semula tetapi bila di fikir2kan, usia yang dah nak masuk 40an nie masih ada orang ke yang nak ambil bekerja lagi. Kalau kerja pun mungkin tukang sapu sampah atau tukang potong ikan dekat supermarket - boleh ke?? Kalau bekerja jugak berbaloi ke gaji dengan wang yang nak aku belanjakan sebab anak2 masih kecil dan bersekolah lagi di mana masing2 masih memerlukan aku untuk menyelenggarakan mereka(macam mesin lak budak2 nie).So tak jadi la..

SECOND PLAN - Belajar kemahiran.Tuhan ada menganugerahkan pada aku bakat menjahit, why not aku pegi tajamkan bakat aku nie. Belajar dulu, pastu mahirkan dan bila dh agak berani dan teror barulah boleh show off skill menjahit baju dan manik aku pada orang pulak. At least aku boleh tambah pendapatan, tak perlu meminta-minta, tak perlu keluar rumah dan semuanya boleh di lakukan dalam rumah aje dan yang terpenting menjimatkan. Dan selepas ini aku ada sesuatu untuk di banggakan.

Yang aku perlukan sekarang adalah sokongan moral sebab modal Insya Allah dh ada. Untuk sekarang nie aku ada anak2 dan keluarga sebelah aku yang memberi sokongan, tapi ada sorang 2 dah down grade kan aku punya impian..Hishhh..biarlah dia, yang aku buat nie bukan untuk aku tapi untuk satu family.. Aku nak ada orang bukak mata dengan semangat aku nie. Biar mereka ternganga mulut bila aku berjaya nanti. Insya Allah, moga Allah panjangkan umur mereka..

Kenapa baru sekarang terbukak hati aku untuk belajar nie? Kenapa tidak dulu? Mugkin dulu tuhan nak menguji aku dengan berbagai dugaan yang tak putus-putus dan sekarang ini DIA memberi keizinannya pada aku untuk mencapai kebahagian aku pulak. Insya Allah aku tak kan berganjak dengan keputusan aku ini dan padanya ku pohon KAU RESTUKANLAH.

No comments:

Post a Comment