Pages

Friday, February 18, 2011

HOBI BARU

Lama rasanya tak menulis dalam blog aku nie, mungkin rasa jemu sebab tak ada lagu latar belakang kot. Aku suka bila berkarya ada lagu-lagu yang boleh menaikkan semangatku...lagi satu aku sendiri tengok blog aku pun memualkan, tu yang rasa malas je nak bukak blog walhal banyak idea kat otak nie nak berkarya..

Ntah macamana tiba-tiba datang keinginan tuk mendapatkan ilmu blog nie..tgk kat blog orang dasyat2 dan hebat2 belaka, aku pun nak gak blog aku jadi grand macam dorang..so aku dan geng aku Chef Elin pun berpakat lah kami ke Pusat Jalur Lebar di Sg Choh tuk mendapatkan ilmu dari penyelia IT, Puan Zalita dan Librariannya Puan Emy yang setia  menunggu pengunjung.
First time bila aku sampai kat PJL nie, aku ada terkezut sikit sebab library nie walaupun tak besar tetapi buku2nye banyak gak, komputer pun ada.. Nak tahu kalau nak guna peralatan komputer di sana yurannya cuma 5hinggit seumur hidup, bayangkan betapa murahnya tapi malangnya masih ramai orang tak nak datang untuk gunakan ilmu yang ada di sana..Murid2 sekolah kalau datang sana x rugi sebab banyak buku rujukan, buku bacaan, majalah, novel, buku ilmiah serta komik pun ada dan untuk para2 ibu, majalah2 seperti Saji, Anjung Seri, Wanita, pun ada (yang latest lagi) ada juga majalah yang dah lama(xde la lama sgt) boleh di dapati dengan harga yang murah sekali..kalau tak cukup dengan buku boleh layari internet..aku pun masa mula2 datang punya byk buku aku pinjam..mood membaca dah datang balik kata kau..Chef Elin usah cakap la semua buku resepi di kautnye..sampai guna nama anak aku sebab kad dia dah cukup limit..wakaka..lagi satu dah lama tak rasa keadaan yang sunyi sepi macam dalam library nie, selalunya rumah aku hiruk pikuk, sesekali rasa nyaman dan tenang berada kat sini..

Lepas nie aku nak belajar macamana nak buat bagi blog aku jadi interesting, tak sabar2 rasanya nak gi sana..
So, lepas nie kita tgk la ye, blog aku rupanye camana? kalau nnt ada org nak comment ke, nak condemn ke sila kan ye..

Pada kawan2 di Pusat Jalur Lebar Sg.Choh tggu ye kedatangan saya...

2 comments:

  1. bagusss,bagusss..contohi pn izan n pn lin ni...bersemangat untuk mencuba sesuatu yang baru dan pandai applykan masa terluang untuk tujuan yang berfaedah! harap2 lepas ni..ramai yg rebut peluang yang agak menguntungkan diri anda sendiri ni!! saya berkhidmat untuk agama,bangsa dan negara!

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum puan izan...tahniah dari saya rakan seperjuanganmu...terima kasih...
    www.munaherbs.blogspot.com

    ReplyDelete