Pages

Sunday, October 23, 2011

Kenapa la aku suka sangat lagu Padamu Ku Bersujud(Afgan).

Tak tahu la kenapa tapi aku teramat suka dengar lagu nie..everything about this song benar2 mengujakan aku dan aku sanggup dengar lagu nie berulang-ulang kali dan ianya langsung tak memualkan malah menaikkan semangat aku untuk terus berjuang menempuh hari-hari yang memeritkan..ianya juga menjadi lagu tema untuk blog aku dan aku juga menggunakan lagu ini untuk ringtone hp aku..

Seminggu nie aku rasa down betul, kecewa yang teramat sangat dengan sahabat2 aku..leh katakan bila mereka perlukan aku baru mereka cari aku tapi semalam baru la aku dapat rasakan mereka semua pergunakan aku untuk mendapatkan sesuatu yang mereka tak tahu, syukur aku pada yang Esa kerana mengurniakan padaku Naluri hati di mana bila ada sesuatu yang tak kena hati aku akan berkata-kata..
Betul la..mereka melakukan sesuatu di belakang aku dan bila aku bertanya baru mereka bercerita, itu pun ajak2 ayam, ada lak yang cakap last minit baru dia dapat tahu, sudah la aku bukan budak2 kecik yang korang boleh bodoh2 kan..macam aku tak tahu you all dah plan nie lama...tapi takpe aku redha, dan aku akan sentiasa beringat, pisang takkan berbuah 2x.
Sorry la my friends, its too late now..sekarang aku tahu sape kawan sejati dan sape kawan yang hanya boleh di sapa di tepi di jalan..just forget it!!

Back to this song, pada aku lagu ini punya kekuatannya yang tersendiri dari melodinya, muziknya, lirik lagunya malahan lantunan suara penyanyinya benar2 menginsafkan sesiapa saja yang mendengarnya dan airmata bisa menitis tanpa dapat  di tahan lagi apatah mendengarnya saat sedang berduka dan saat tekanan yang mencabarkan..sebab itu lagu ini aku jadikan motivasi.

Paling aku suka bila afgan menyanyi dalam nada keras semasa chorus kedua, mengingatkan betapa kerdilnya aku sebagai mahluk Allah, betapa banyaknya dosa-dosa aku yang tak terampunkan..part lirik pulak aku paling suka time chorus gak, sebab liriknya betul2 meruntun jiwa..
Okay, my friends mari kita semua dengar dan hayati lagu ini dan jadikan ia sebagai melodi dalam hati kita dan semoga ianya menjadi pengubat hati yang lara..Insya Allah..

PADAMU KU BERSUJUD (AFGAN)
Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala FITNAH

Kau tempat ku meminta
Kau beri ku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang selalu bertaqwa
Ampuniku Ya-Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat KAU limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

PADAMU...

p/s: Aku pun suka lagu Andaiku tahu (Ungu) tapi lagu ini tetap menjadi pujaan hatiku..

Wednesday, August 3, 2011

Hari ini hari malangku..

Pagi nie pagi yang cukup malang pada aku, tanpa di sengaja aku telah terlanggar lubang ketika aku hendak balik dari meeting SKIMSEL, walaupun malang aku tetap rasa bersyukur sebab ketika kejadian aku tak membawa sesiapa dan yang lebih penting aku x melanggari sesiapa..accident ini menyebabkan aku terseret beberapa depa dan menyebabkan kaki dan lengan sebelah kananku agak teruk jugakla.. 
Alhamdullilah tiada apa-apa terjadi  pada jejariku, al-maklumlah jari cari makan dan aku masih boleh memegang pena, memasak untuk anak2 berbuka puasa walaupun untuk berdiri lama aku dah x boleh bertahan..

Kejadian yang berlaku ini tidak pernah aku kesali kerana ini mungkin kecuaian aku sendiri tapi kalau nak kata salah jalan pun boleh jugak sbb lubang yang ada atas jalan itu lah punca aku x teraccident..Salah motor?? ohh jangan salahkan motor aku sbb dia dh byk berjasa pada aku hampir 10tahun, kesimpulannya salah aku la sebab x berhati2 dan cuailah jugak..

Nasiblah kawan2 aku ramai yang belum balik lagi ketika itu, thanks kwn2 yg ambil  berat masa kejadian. Terima kasih yang x terhingga pada Kak Sal, Kak Zai, Kak Zainab, Kak Na, Sabariah dan yang teramat terima kasih pada Chef Elin dan Kak Nab sebab dorang sudi antar aku ke klinik walaupun dorang ada agenda sendiri sepatutnya..Sorri u guys sbb melewatkan urusan kakak2 semua. Walaupun x semua menolong tapi keprihatinan mereka semua mengurangkan sakit yang amat sangat ketika itu..baju jubah kesayangan aku yang telah aku pakai sejak umur 17tahun akhirnya koyak rabak...wei aku sayang sangat baju tu..

Setelah selesai dressing di Klinik Desa Sungai Buaya, mereka mereferkan aku ke Klinik Serendah memandangkan luka di kaki dan lenganku agak dalam. Setelah di beri injection, aku pun di bawa pulang ke rumah, dan dari sana suami aku membawa aku ke Serendah..
Reaksi suami dan anak2 agak terkejut jugakla tapi apo nak di kato malang x berbau, redho je laa..

Aku di kehendaki datang setiap hari untuk dressing kaki dan tangan aku di unit kecemasan.
Sehingga ke saat ini aku masih boleh bergerak walaupun pergerakkan tubuh aku dah menurun sebanyak 30%..tapi Insya Allah aku x boleh biarkan kesakitan menguasai aku dan aku akan pastikan dalam seminggu ini aku sudah boleh bergerak atleast 90%..

To All My Beloved Friends, Thanks For Your Help dan doa kalian sentiasa mengiringiku..

Amin..


Friday, February 18, 2011

HOBI BARU

Lama rasanya tak menulis dalam blog aku nie, mungkin rasa jemu sebab tak ada lagu latar belakang kot. Aku suka bila berkarya ada lagu-lagu yang boleh menaikkan semangatku...lagi satu aku sendiri tengok blog aku pun memualkan, tu yang rasa malas je nak bukak blog walhal banyak idea kat otak nie nak berkarya..

Ntah macamana tiba-tiba datang keinginan tuk mendapatkan ilmu blog nie..tgk kat blog orang dasyat2 dan hebat2 belaka, aku pun nak gak blog aku jadi grand macam dorang..so aku dan geng aku Chef Elin pun berpakat lah kami ke Pusat Jalur Lebar di Sg Choh tuk mendapatkan ilmu dari penyelia IT, Puan Zalita dan Librariannya Puan Emy yang setia  menunggu pengunjung.
First time bila aku sampai kat PJL nie, aku ada terkezut sikit sebab library nie walaupun tak besar tetapi buku2nye banyak gak, komputer pun ada.. Nak tahu kalau nak guna peralatan komputer di sana yurannya cuma 5hinggit seumur hidup, bayangkan betapa murahnya tapi malangnya masih ramai orang tak nak datang untuk gunakan ilmu yang ada di sana..Murid2 sekolah kalau datang sana x rugi sebab banyak buku rujukan, buku bacaan, majalah, novel, buku ilmiah serta komik pun ada dan untuk para2 ibu, majalah2 seperti Saji, Anjung Seri, Wanita, pun ada (yang latest lagi) ada juga majalah yang dah lama(xde la lama sgt) boleh di dapati dengan harga yang murah sekali..kalau tak cukup dengan buku boleh layari internet..aku pun masa mula2 datang punya byk buku aku pinjam..mood membaca dah datang balik kata kau..Chef Elin usah cakap la semua buku resepi di kautnye..sampai guna nama anak aku sebab kad dia dah cukup limit..wakaka..lagi satu dah lama tak rasa keadaan yang sunyi sepi macam dalam library nie, selalunya rumah aku hiruk pikuk, sesekali rasa nyaman dan tenang berada kat sini..

Lepas nie aku nak belajar macamana nak buat bagi blog aku jadi interesting, tak sabar2 rasanya nak gi sana..
So, lepas nie kita tgk la ye, blog aku rupanye camana? kalau nnt ada org nak comment ke, nak condemn ke sila kan ye..

Pada kawan2 di Pusat Jalur Lebar Sg.Choh tggu ye kedatangan saya...

Wednesday, July 21, 2010

BILA USIA MENINGKAT...

Bila usia meningkat macam2 perasaan yang datang..Gerun, risau, runsing, suka, takut pun ada.Semuanya dalam 1 lah. Usia aku pun dah nak menjangkau angka 40, nak tak nak kena hadapi jugak.
Bila di kenangkan sepanjang umur aku nie, Apakah pencapaian yang terbaik pernah berlaku dalam hidup aku?? jawapannya tak ada apa, none, nothing, elek..bermakna aku boleh di kategorikan sebagai seorang yang GAGAL. Aku tak mahu jadi orang yang GAGAL seumur hidup aku.

Mungkin di usia aku sekarang ini aku GAGAL untuk mencapai sesuatu yang boleh aku banggakan, namun aku masih mampu untuk mencipta sesuatu KEJAYAAN di usia aku yang mendatang ini(jika di izin tuhan).

SO WHAT'S THE PLAN- mula2 aku bercadang nak bekerja semula tetapi bila di fikir2kan, usia yang dah nak masuk 40an nie masih ada orang ke yang nak ambil bekerja lagi. Kalau kerja pun mungkin tukang sapu sampah atau tukang potong ikan dekat supermarket - boleh ke?? Kalau bekerja jugak berbaloi ke gaji dengan wang yang nak aku belanjakan sebab anak2 masih kecil dan bersekolah lagi di mana masing2 masih memerlukan aku untuk menyelenggarakan mereka(macam mesin lak budak2 nie).So tak jadi la..

SECOND PLAN - Belajar kemahiran.Tuhan ada menganugerahkan pada aku bakat menjahit, why not aku pegi tajamkan bakat aku nie. Belajar dulu, pastu mahirkan dan bila dh agak berani dan teror barulah boleh show off skill menjahit baju dan manik aku pada orang pulak. At least aku boleh tambah pendapatan, tak perlu meminta-minta, tak perlu keluar rumah dan semuanya boleh di lakukan dalam rumah aje dan yang terpenting menjimatkan. Dan selepas ini aku ada sesuatu untuk di banggakan.

Yang aku perlukan sekarang adalah sokongan moral sebab modal Insya Allah dh ada. Untuk sekarang nie aku ada anak2 dan keluarga sebelah aku yang memberi sokongan, tapi ada sorang 2 dah down grade kan aku punya impian..Hishhh..biarlah dia, yang aku buat nie bukan untuk aku tapi untuk satu family.. Aku nak ada orang bukak mata dengan semangat aku nie. Biar mereka ternganga mulut bila aku berjaya nanti. Insya Allah, moga Allah panjangkan umur mereka..

Kenapa baru sekarang terbukak hati aku untuk belajar nie? Kenapa tidak dulu? Mugkin dulu tuhan nak menguji aku dengan berbagai dugaan yang tak putus-putus dan sekarang ini DIA memberi keizinannya pada aku untuk mencapai kebahagian aku pulak. Insya Allah aku tak kan berganjak dengan keputusan aku ini dan padanya ku pohon KAU RESTUKANLAH.

Thursday, June 10, 2010

PESAN DARI EMAK

Anak2ku..
Dengarlah nasihat emak selagi hidup di kandung badan..

Dunia ini hanya pinjam-pinjaman, kemewahan harta dunia, nikmat hidup hanya pinjaman tuhan kepada hambanya dan janganlah kita lekas lupa diri dan jadi angkuh dengan pinjaman ini, kelak di ambilnya semua bila kita mula terleka..
Harta dunia boleh buat kita lupa diri, boleh jadikan kita berbeza dengan yang lain sedangkan tuhan mencipta umatnya sama berdarah merah walaupun berbeda rupa..

Anak2ku..
Bila kita lupa diri kita lupa tanggungjawab kita pada hamba yang lain, kita bezakan taraf kita dengan mereka.
Kita hanya memikirkan diri kita dan orang di sekeliling kita yg sama taraf dengan kita..
Wahai anak2ku jangan lah kamu semua berubah hati..
Mulianya kita sebagai hamba Allah bila kita memuliakan orang lain..
Kita bahagia bila orang lain gembira..
Kita bantu bila ada orang kesusahan..
Kita sama merasakan sakit dan pedih bila melihat orang dalam kesedihan dan kepayahan..

Janganlah kita membuat jurang di antara mereka kelak hidup kita di murkai Allah.
Ringankan tangan bantulah mereka walau sebesar zarah sekali pun..Insya Allah hidupmu di berkati dan sentiasa di bawah lindungannya..

Anak2ku..
Lihatlah disekeliling kita, kita umpama kaca yang cuba nak setaraf dengan intan permata sedangkan kita cuma hanyalah kaca yang tak punya apa-apa nilai di mata intan permata.
Dari mula sampai kini betapa kita cuba berbuat baik, buruk juga di pandang orang..
Janganlah engkau menyalahi takdir mengapa kita tak di lahirkan sama seperti mereka, punya harta punya segala.
Bersyukurlah di atas rahmatnya yang  mengurniakan hati yang murni, jujur dan sentiasa ikhlas kepada orang lain..
Janganlah engkau lekas melenting bila mereka terasa tercabar tapi bersangka yang baik saja walaupun hatimu sebenarnya dah hancur terluka.
Janganlah kita menghukum mereka, biarkan tuhan saja yang membalasnya..

Anak2ku..
Akhir kata dengarlah bait-bait lagu ini..

Andaikah diriku bisa
Seperti yang lain
Yang kau sayang..
Yang kau rindukan..
Yang kau cintai..

Aku lemah tanpamu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku(2x) Ya Allah

Setiap airmata ku mengalir
Allah aku lemah dan tak bererti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

Aku sayang Allah..
Aku rindu Allah..
Aku cinta Allah..

p/s: aku sayang keluarga aku dan kedua ibu-bapaku..merekalah hidup dan matiku..

Sunday, January 3, 2010

my sibling






MY FAMILY 2008

Duduk dari kiri:- Mohd.Husni, Enchom Ali, Din Darus, Mahiran Din
Berdiri dari kiri:- Mohd.Yusri, Azleen Din, Norizan Din, Haslina Din, Mohd.Zambri


This is my family..
Orang kata ramai anak banyakl a ragamnya dan mak-bapak aku dah mengharungi macam-macam jenis ragam anak2 nie dari kami kecik sampai lah tua, ragam anak x abis2, dan sekarang tambah lagi dua jenis ragam, ragam cucu dan menantu..
Aku harap mak dan bapak aku banyak2 la bersabar dgn ragam2 kami semua ye..
Mak and bapak aku yang terbaik..


Friday, December 11, 2009

Istana Hinggap


Al kisah terbinanya 'Istana Hinggap' nie samalah kisahnya dengan Taj Mahal yang di bina oleh Shah Jehan buat isterinya yg tercinta Mumtaz Mahal, di sebabkan kasih dan sayang bapak aku pada keluarganya maka terbinalah 'Istana Hinggap' nie..konsep sama kasih-sayang..

Kuarters yg kami duduki terlalu kecil, x ada bilik jadi keluarga yg ramai seperti keluarga aku, semmgnya x muat dan x sesuai..jadi bapak aku pun bercadang membina sebuah rumah berhadapan dgn kuartes kami..mak aku pada mulanya x setuju takut kalau2 jiran2 yg kepochi dan jealousy merepot kat majikan yg bapak aku membina rumah haram kat quartes tu pulak, tapi alhamdullilah pihak majikan faham dgn situasi keluarga kami dan kedudukan rumah 2 pulak x menganggu sesape pun..

Walaupun bapak aku belajar tamat sekolah rendah je tapi dia dapat membina sebuah rumah yg boleh di katakan lengkaplah ada tiang seri 4 batang yg menyokong istana hinggap nie.. ia di perbuat dari papan dan kayu sepenuhnya, pada setiap bilik siap ada tingkap dan rumah ini di bahagi kepada 2 bahagian, 1 bilik untuk abg2 aku yang 3orang tu dan 1 lg bahagian di jadikan bilik belajar..yg peliknya rumah yg bapak aku   bina nie cukup popular di kuartes kami, tempat abg aku dan geng2 dia melepak dan bermain gitar, tempat adik2 aku bermain dgn kawan2 dia yg berlari2 keluar masuk(2 kot sebab umah 2 jd condong), tempat aku bergossip ngan mmbr2 aku..kalau ibu-bapak hilang anak ke mereka tentu dtg kat istana hinggap bapak aku nie..comfirm jumpa anak mereka..yg pasti rumah nie amat bermakna kepada kami sekeluarga sehinggalah ia di robohkan kerana tempat 2 hendak dijadikan apartment untuk pekerja.. betapa untungnya para pekerja yg dapat ddk kat apartment nie sbb besar, ada bilik dan yg penting x perlu berkongsi bilik air macam kami dulu.

Di akhir usia Istana Hinggap ni keadaannya dah x seperti mula2 di bina tegap dan segak, kalau di lihat dari atas bukit tempat aku suka melepak dan bermain, Istana Hinggap nie dh mencondong dan akhirnye bertukar nama kepada 'Menara Condong'.. sampai ada jiran2 yg bg warning kat anak2 dorang jgn masuk lg kat rumah 2 takut rebah..tapi sehinggalah kami keluar dr kuartes 2, dia masih lg tetap berdiri walaupun dh condong cam Menara Pisa..namun apa2 pun ianya telah berkhidmat dan berjasa pada aku sekeluarga..

Mintak maaf la sesgt sbb gmbr Istana Hinggap ni dh x ada dlm simpanan, walaupun dh puas aku mencari..jd apa yg perlu anda buat sekarang ialah just imagine la macam mana rupanya Istana Hinggap@Menara Condong nie yea..